Isnin, 9 Februari 2009

BANJIR-Hari ke 8

Isnin-9/2/09, Masuk hari ke lapan air masih lagi membanjiri kawasan SR Penapar. Seperti yang diketahui bahawa keadaan banjir semakin teruk bermula pada hari rabu-4/2/09 iaitu ketika sekolah ini mula di tutup.



Sekeliling SR Penapar masih dibanjiri air. Manakala jalan raya menuju ke SR Penapar juga ditengelami air dan menyukarkan kenderaan kecil memasuki kawasan ke sekolah. Guru-guru menerima khidmat bantuan dari ABDB (trak) untuk menghantar mereka ke sekolah. Diucapkan terima kasih kepada bantuan yang telah diberikan.



Walaupun masih dalam keadaan banjir, namun guru-guru tetap hadir ke sekolah. Ada juga sesetengah guru-guru yang tidak dapat hadir ke SR Penapar tetapi dibenarkan untuk melaporkan diri ke sekolah-sekolah berdekatan sahaja. Murid-murid pula diarahkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi menjaga keselamatan mereka pada musim banjir ini.